Rushing here and there. Beginning to pick up the old momentum. The old lifestyle I used to be living. I am back to it. It feels good. I miss it so much but there is a price to pay. The tiredness and less time spent at home slacking, doing nothing at all. This lifestyle best suit me for the time being since it helps my brain to work better and effectively. I am more alert. That's the advantage of it.
I have decided to produce something written in malay as a closing for today's entry. I am trying to polish up my malay. My mother tongue.
Memang sudah menjadi hukum alam, setiap manusia hidup berpasangan. Tidak kira tua ataupun muda. Namun, bila hati sudah tidak serasi, syurga menjadi neraka. Retak menanti belah. Penceraian menjadi pilihan muktamad. Kisah cinta adam dan hawa berakhir di dalam mahkamah syariah. Di hadapan 2 saksi. Suatu tragedi. Adakah harus disalahkan takdir? Adakah ianya Qada dan Qadar? Ataupun kemahuan hati sendiri? Pelbagai alasan dan penjelasan yang diberi dua pihak. Samada menyalahkan satu sama lain ataupun saling memaafkan.
Seperti kisah cinta Nurul dan Ajai, mereka saling memaafkan. Tetapi yang anehnya kenapa jika sudah saling memaafkan tetap juga mahu berpisah? Mengapa hanya setelah 10 tahun baru kini dapat merasakan ketidakserasian itu? Mengapa setelah lama tinggal bersama membina mahligai bahagia akhirnya runtuh jua? Mestikah kita menunding jari ke arah suratan Illahi?
Aku teringat kata-kata ibuku.."Alah, artis-artis ni semue bukan nye betul sangat. Kahwin lepas tu berterabur"
Itu lah kata-kata ibuku. Mungkin ada betulnya cakap ibu yang pedas dan agak berat-sebelah itu. Pada pengetahuanku, artis-artis ini hanya menujukkan bahawa kata-kata ibu itu benar. Lihat sahaja berapa ramai artis-artis yang bercerai. Erra Fazira, Noraliza Idris, Awie dan ramai lagi. Angkanya semakin meningkat dan terkini ditambah dua.
Tujuanku bukan untuk memburuk-burukkan artis-artis tetapi setakat berkongsi sesuatu diruang ini.
Tidak juga aku mengatakan bahawa penceraian terjadi setakat dikalangan kaum artis sahaja. Itu memanglah tidak benar. Penceraian berlaku disekeliling kita. Puncanya sama. Tiada persefahaman.
Persefahaman penting bukan sahaja di dalam sebuah perkahwinan malah di dalam apa jua jenis hubungan memerlukannya. Persahabatan, keluarga dan pentadbiran sebuah negara.
Muafakat membawa berkat.
No comments:
Post a Comment